Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pic Of The Day Polis Bantu Iring Wanita Mengandung Selamat Tiba Di Hospital

Diterbitkan: 04 Mar 2024 12.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-polis-bantu-iring-wanita-mengandung-selamat-tiba-di-hospital
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
Tahniah diucapkan kepada anggota dari Unit Kereta Peronda Lebuhraya (EMPV) Rawang dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman iaitu Koperal Mohd Firdaus Alias, Koperal Fadrizul Rosli dan Lans Koperal Muhammad Yusof, segera menghulurkan bantuan dengan mengiringi kenderaan pasangan suami isteri yang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas sehingga mereka selamat sampai di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Isteri lelaki berkenaan difahamkan sedang menahan kesakitan untuk melahirkan cahaya mata sebelum meminta pertolongan pihak polis bagi mengiringi mereka ke hospital berkenaan.

 
ArtikelDiterbitkan 04 Mar 2024 12.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM