Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Sempurnakan Majlis Khatam Al Quran Dan Iftar Perdana Peringkat Maktab Pdrm Kl

Published: 09 Mar 2026 3.23 PM Updated: 15 Aug 2026 6.39 PM
Kuala Lumpur, 9 Mac 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd. Khalid Hj. Ismail hadir menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana Peringkat Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur (KL) yang berlangsung di Surau Al-‘Alimin, Maktab PDRM KL, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sempurnakan-majlis-khatam-al-quran-dan-iftar-perdana-peringkat-maktab-pdrm-kl
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:27 MYT
Kuala Lumpur, 9 Mac 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd. Khalid Hj. Ismail hadir menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana Peringkat Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur (KL) yang berlangsung di Surau Al-‘Alimin, Maktab PDRM KL, di sini, hari ini.

Kehadiran beliau bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose disambut oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid dan Komandan Maktab PDRM KL, DCP Dr. Che Ghazalie Che Awang.

Majlis Khatam Al-Quran tersebut melibatkan seramai 90 warga Maktab PDRM KL yang terdiri daripada pegawai polis pelbagai pangkat, pegawai awam dan ahli keluarga. Program berkenaan dipimpin oleh Ustaz Muhd Salman Radzuan.

Majlis turut disertai oleh Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah bersama Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sri Selmiah Tuan Ibrahim serta Pengerusi PERKEP Maktab PDRM KL, Puan Siti Nabihan Che Abdullah.

Seusai majlis khatam al-Quran, Dato’ Sri Hj. Mohd. Khalid berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada semua peserta tadarus yang mengambil bahagian pada tahun ini sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka dalam mengimarahkan bulan Ramadan.

Program diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama sebelum para hadirin menunaikan solat fardu Maghrib, Isyak serta solat sunat Tarawih secara berjemaah di ruang solat utama surau.

Turut hadir ialah barisan Timbalan Pengarah PDRM, ahli-ahli PERKEP dan kariah Surau Al-‘Alimin.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, headscarf, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people

May be an image of dais and text

ArticlePublished 09 Mar 2026 3.23 PMUpdated 15 Aug 2026 6.39 PM