Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Sempurnakan Istiadat Penganugerahan P J P N Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan

Published: 20 Dec 2023 1.08 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seremban, 20 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) peringkat Kontinjen Negeri Sembilan bertempat di d'Tempat Country Club, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sempurnakan-istiadat-penganugerahan-p-j-p-n-peringkat-kontinjen-negeri-sembilan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:26 MYT
Seremban, 20 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) peringkat Kontinjen Negeri Sembilan bertempat di d'Tempat Country Club, di sini, hari ini.

Penganugerahan kepada 210 penerima terdiri daripada warga Pasukan yang masih berkhidmat, pesara polis serta waris pesara polis yang diberikan atas jasa khidmat bakti mereka semasa era darurat.

Mendahului senarai penerima ialah bekas Ketua Penolong Pengarah (D1), Kepolisan Kawalan Dalaman, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pesara SAC Dato' Mohd Nizar Mohd Ali.

Terdahulu, ketibaan Tan Sri Razarudin sekitar jam 11.30 pagi telah disambut oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof bersama timbalannya, SAC Abd Khalid Othman sebelum dibawa menandatangani buku pelawat.

Turut hadir dalam istiadat tersebut, CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Zailanni Amit, barisan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Negeri Sembilan.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

Mungkin imej 3 orang, dais dan teks

Mungkin imej 3 orang, dais dan teks

Mungkin imej 3 orang, dais dan teks

Mungkin imej 11 orang, dais dan teks

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 8 orang dan teks

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang, dais dan teks


ArticlePublished 20 Dec 2023 1.08 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM