
Kpn Selesai Terima Suntikan Dos Penggalak Vaksin Covid 19
#PPN #COVID-19
Kuala Lumpur, 11 Novembr 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah selesai menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilakukan di Hospital Pakar KPJ Tawakal Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.
Pemberian dos penggalak yang telah dilaksanakan kerajaan bermula 13 Oktober lalu bertujuan memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan COVID-19.
Turut menerima suntikan tadi ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim serta beberapa pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.
Jurugambar: Lans Koperal Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin
#BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN