Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Santuni Mangsa Nahas Kemalangan Jalan Raya Psp Unit 5

Published: 16 May 2025 1.25 PM Updated: 15 Aug 2026 8.01 PM
Hilir Perak, 16 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kebajikan ke atas enam anggota polis dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 yang terlibat dalam kemalangan maut pada Selasa lalu di Hospital Teluk Intan (HTI), petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-santuni-mangsa-nahas-kemalangan-jalan-raya-psp-unit-5
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:41 MYT
 
Hilir Perak, 16 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kebajikan ke atas enam anggota polis dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 yang terlibat dalam kemalangan maut pada Selasa lalu di Hospital Teluk Intan (HTI), petang tadi.

Ketibaan Tan Sri Razarudin bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman sekitar jam 2.00 petang telah disambut oleh Pengarah HTI, Dr. Mohd Khairul Baharin Baharudin dan Timbalan Perubatan HTI, Dr. Noor Azira Haron.

Lawatan mereka bermula dengan menziarahi Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin dan Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli yang mengalami kecederaan sambil ditemani ahli keluarga masing-masing.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin dan isteri meneruskan lawatan ke Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang menempatkan Sarjan Mazlan Mat, Sarjan Mohd Parih Ali, Koperal Haslizal Mohd Ali dan Koperal Mohd Izwan Hj. Ishak di mana masing-masing mengalami cedera parah di kepala, bahagian bawah badan dan organ dalaman.

Dalam lawatan yang diadakan, Tan Sri Razarudin dan Puan Sri Datuk Zainah telah menitipkan kata-kata semangat buat kesemua ahli keluarga dan waris anggota yang terlibat agar tabah menghadapi ujian di samping mendoakan mereka yang cedera diberi kesembuhan daripada kesakitan yang dialami.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin berkesempatan mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak dan Balai Polis Teluk Intan untuk beramah mesra bersama pegawai dan anggota polis yang sedang bertugas.

Hadir sama, Komander PSP, SAC Rosli Md. Yusof, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Dr. Bakri Hj. Zainal Abidin, Pengerusi PERKEP Daerah Hilir Perak, Puan Hjh. Wan Shamsuria Hj. Wan Idris dan rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

Kpn Santuni Mangsa Nahas Kemalangan Jalan Raya Psp Unit 5

Kpn Santuni Mangsa Nahas Kemalangan Jalan Raya Psp Unit 5
Kpn Santuni Mangsa Nahas Kemalangan Jalan Raya Psp Unit 5

Kpn Santuni Mangsa Nahas Kemalangan Jalan Raya Psp Unit 5

May be an image of 7 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of ‎14 people and ‎text that says '‎SELAMAT DATANG KE IPD HILIR PERAK DHAK A Om إز‎'‎‎

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 8 people, dais and text that says 'Che T O EPOLIS'

May be an image of 5 people, hospital and text

May be an image of 4 people, hospital and text

May be an image of 2 people, hospital and text

May be an image of 3 people, hospital and text

May be an image of 4 people and headscarf

May be an image of 5 people, hospital and text

May be an image of 4 people, hospital and text

May be an image of 5 people, hospital and text

May be an image of 4 people, hospital and text

May be an image of 4 people, hospital and text

May be an image of 6 people, hospital and text

May be an image of 3 people, hospital and text
 
 
ArticlePublished 16 May 2025 1.25 PMUpdated 15 Aug 2026 8.01 PM