Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Santuni 200 Asnaf Pdrm Menerusi Sumbangan Yayasan Seri Negara Dan Zakat Wakalah Pblt Sdn Bhd

Diterbitkan: 21 Feb 2026 9.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Majlis yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu merupakan kesinambungan kerjasama strategik antara YSN, PBLT Sdn. Bhd. dan PDRM sejak tahun 2022.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-santuni-200-asnaf-pdrm-menerusi-sumbangan-yayasan-seri-negara-dan-zakat-wakalah-pblt-sdn-bhd
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:07 MYT
Cheras, 21 Februari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menyantuni 200 asnaf warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Majlis Sumbangan Yayasan Seri Negara (YSN) dan Penyerahan Zakat Wakalah PBLT Sdn. Bhd. yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini.

Majlis yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu merupakan kesinambungan kerjasama strategik antara YSN, PBLT Sdn. Bhd. dan PDRM sejak tahun 2022.

Dalam majlis tersebut, masing-masing 100 asnaf dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (KL) dan IPD Cheras menerima sumbangan wang tunai beserta bakul makanan, manakala lima daripada mereka turut menerima bantuan kerusi roda.

Dalam ucapan yang disampaikan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Mazlan Lazim selaku Penaung Yayasan Seri Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis serta pihak PBLT Sdn. Bhd. atas komitmen berterusan dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan termasuk inisiatif zakat wakalah kepada warga Pasukan.

“Kebajikan warga Pasukan tidak pernah dipinggirkan. Kerjasama strategik seperti ini membuktikan bahawa apabila badan bukan kerajaan, sektor swasta dan PDRM berganding bahu, manfaatnya akan terus dirasai oleh anggota serta keluarga yang memerlukan,” ujar beliau.

Tegasnya lagi, kebajikan warga Pasukan merupakan tanggungjawab bersama dan kolaborasi strategik seumpama itu perlu terus diperkasa demi memastikan kesejahteraan anggota sentiasa terbela.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard merangkap Penganjur Bersama Majlis, CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad, Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Perancangan Korporat PBLT Sdn. Bhd., Ts. Mohd Yusoff Awang, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim serta Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohd Rosdi Daud.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim.

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎YAYASAN SERY NEGARA sdn PBLT hd bhd MAJLIS SUMBANGAN YAYASAN SERI NI PENYERA HAN ZAKAT WAKALA PBLT SD

May be an image of dais and text that says 'SERT NEGARA PBLT MAJLIS SUMBANGAN YAYASAN SERI NEGARA PE PEAR AHAN ZAKAT WAKALAH PBLT SDN. BHD. DISEMPURNAKAN O

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎תב9יג1 נשויו SUMBANGAN YAYASAN SE ENYE AN ZAKAT WAKALAH PB 神 DISEMPURNAKAN OLEH KOcл CEP.

May be an image of one or more people, people smiling and text

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎SERT NEGARA PELIT PB MAJLIS PENYERA BANGAN YAYASAN SERI NEGARA LAKAT WAKALAH PBLT SDN. BHD _DISEMPURNA

May be an image of clarinet

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of text that says 'KHALED FADEL POLIS'

May be an image of one or more people

May be an image of text that says 'JADEL TOLS KULLID и'.

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎YAYAS SERY NEGARA PBLT าย Gdr balud DIS MAJLIS SUMBANGAN YAYASAN SERI NEGARA PENYFRAHAN N ZAKAT WA

May be an image of dais and text that says 'MAULIS SUMBANGAN YAY PEN HAN ZAKAT WAKA DISEMPURNAKA ND WAN AZIZ ANDA M'

May be an image of dais and text that says 'MAJLIS LS SUMBANGAN YAYASA PENY! YAN ZAKAT WAKALAH DISEMPURNAKAN OL SERI @H WAN AZIZAH O'

May be an image of dais and text that says '순한화 POLIS A'

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text that says 'KETT KELUARD KELUARD C'

May be an image of one or more people and dais

May be an image of one or more people, dais and text














ArtikelDiterbitkan 21 Feb 2026 9.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM