Artikel
#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pemilik Facebook Sarawak Roads Update atas perkongsian video yang memaparkan keprihatinan sepasuk...
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pemilik Facebook Sarawak Roads Update atas perkongsian video yang memaparkan keprihatinan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia, khususnya daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching yang diketuai oleh Sarjan Moses Nyandit.
Dalam kejadian tersebut, seorang penunggang motosikal yang mengalami masalah rantai tercabut di lampu isyarat Jalan Song, Kuching, Sarawak telah dibantu oleh beberapa anggota JSPT ketika melaksanakan penugasan Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina 2025, petang tadi.
Keprihatinan dan kesediaan membantu tanpa mengira masa serta situasi ini membuktikan bahawa hubungan erat antara polis dan masyarakat sememangnya berpisah tiada.
