Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Sampaikan Ucaptama Sempena Smart Suksis 2 0 Di Unimap

Published: 26 Feb 2025 2.30 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kangar, 26 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyampaikan ucaptama bersempena Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi 2.0 Universiti Awam (SMART SUKSIS 2.0) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, bertempat di Dewan Ilmu Kampus, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sampaikan-ucaptama-sempena-smart-suksis-2-0-di-unimap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:01 MYT
Kangar, 26 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyampaikan ucaptama bersempena Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi 2.0 Universiti Awam (SMART SUKSIS 2.0) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, bertempat di Dewan Ilmu Kampus, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, di sini, pagi tadi.

Ketibaan Tan Sri Razarudin sekitar jam 9.50 pagi telah disambut Pengarah Jabatan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bersama Ketua Polis (KP) Perlis, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim.

Dalam ucaptama bertajuk “Dua Dekad Kor SUKSIS: Cabaran dan Hala Tuju”, Tan Sri Razarudin menekankan kepentingan Kor SUKSIS yang melahirkan mahasiswa bersemangat jati diri, berdisiplin tinggi, berintelektual dan berkarisma dalam kepimpinan serta memupuk semangat setia kawan dalam masyarakat berbilang kaum.

Jelasnya, sejak tahun 2003 sehingga kini, terdapat sejumlah 19 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara telah menubuhkan Kor SUKSIS dan menjadikannya sebagai salah satu kursus ko-kurikulum.

Tambah Tan Sri Razarudin, generasi masa kini berdepan dengan cabaran kompleks dalam membentuk identiti, mengejar kejayaan akademik dan menghadapi pengaruh rakan sebaya serta media sosial, yang secara tidak langsung memberi impak besar kepada kehidupan mereka.

“Justeru, Kor SUKSIS adalah medium terbaik bagi generasi harapan bangsa ini membentuk keperibadian unggul, mampan serta bersemangat patriotik,” ucap beliau lagi.

Jelas beliau, sejak penubuhannya, Kor SUKSIS telah mentauliahkan hampir 25,000 Inspektor Kor SUKSIS, sekali gus membuktikan keberkesanan program Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan IPTA dalam menghasilkan graduan berorientasikan kepolisan. Selain itu, jumlah anggota Kor SUKSIS yang berjaya menyertai PDRM semakin bertambah, termasuk mengisi jawatan-jawatan kritikal seperti Unit Tindakhas dan 69 Komando.

“Kejayaan ini menggambarkan, acuan Kor SUKSIS berupaya melahirkan pegawai PDRM yang kompeten dan berdaya saing seiring dengan keperluan serta kehendak semasa,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, Raja Muda Perlis merangkap Canselor UniMAP, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat dan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Ucaptama SMART SUKSIS 2.0 Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan Naib Canselor UniMAP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli sebelum disusuli dengan Titah Perasmian oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.

Seminar yang berlangsung selama empat hari, bermula 25 sehingga 28 Februari depan disertai seramai 400 Kor SUKSIS dari 19 IPTA seluruh Malaysia.

Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Timbalan KP Perlis, SAC Baderulhisham Baharuddin, Ketua Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) JPJKK Bukit Aman, SAC Ismadi Borhan, barisan ketua jabatan Kontinjen Perlis dan para pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi dan Konstabel Nur Sabrina Ghazali

May be an image of 1 person, dais and text   May be an image of 3 people, dais and text   May be an image of one or more people   May be an image of 5 people, dais and text that says 'UNIVERSITI MALAYS ALAYSI/ IA UAP PERLIS ျပညံ KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 金 出ば SM SNOR   May be an image of 4 people, dais and text that says 'NEXC អបកទបុស RER im! SMORT SUKSTSMALANSIA SUKSIS MALAYSIA SMORT SUKSIS MADAYSIA 반 営  

ArticlePublished 26 Feb 2025 2.30 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM