
Artikel
Timbalan Kpn Lawat Lokasi Tragedi Berdarah Pencerobohan Pengganas Sulu Di Sabah
Lahad Datu, 26 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam siri rangka lawatan kerja ke Sabah telah...
Lahad Datu, 26 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam siri rangka lawatan kerja ke Sabah telah turun meninjau lokasi-lokasi tragedi berdarah pencerobohan pengganas Sulu, semalam.
Dalam kedua-dua insiden yang berlaku pada tahun 2013 itu, seramai lapan pegawai dan anggota PDRM telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara.
Mengakhiri lawatan, Dato' Sri Ayob Khan menaiki helikopter jenis Agusta Westland 139 milik Pasukan Gerakan Udara bagi membuat pemantauan udara kawasan sekitar pengoperasian Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais, Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos, Timbalan Ketua Staf Bahagian Perisikan 1 ESSCOM, ACP Khairul Azwan Selihudin, Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau dan barisan pegawai kanan PDRM.
Dato' Sri Ayob Khan dijadualkan akan mengadakan lawatan ke Markas ESSCOM dan Pulau Tabawan, Lahad Datu, hari ini.