Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Sampaikan Amanat Kepada Warga Kerja Kontinjen Melaka

Published: 06 Aug 2025 11.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
KPN SAMPAIKAN AMANAT KEPADA WARGA KERJA KONTINJEN MELAKA Melaka, 6 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berbesar hati menyampaikan amanat kepada warga kerja Kontinjen Melaka di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sampaikan-amanat-kepada-warga-kerja-kontinjen-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:11 MYT
Melaka, 6 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berbesar hati menyampaikan amanat kepada warga kerja Kontinjen Melaka di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, petang tadi.
 
Antara amanat yang dititipkan beliau ialah menyeru agar semua warga kontinjen dapat terus meningkatkan nilai integriti dengan tidak sesekali berkompromi dalam hal salah laku tugas.

Beliau turut menekankan kepentingan warga IPK Melaka untuk bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan memperkasa penggunaan teknologi terkini, khususnya kecerdasan buatan (AI) dalam tugasan harian.

Tambahnya, penerapan AI bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan dalam penyampaian perkhidmatan, malah selari dengan agenda transformasi digital Pasukan serta aspirasi kerajaan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Terdahulu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis negeri, DCP Dato' Dzulkhairi Mukhtar di IPK Melaka.

Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, barisan ketua jabatan IPK Melaka, ketua polis daerah dan ketua polis balai Kontinjen Melaka.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim.
 
ArticlePublished 06 Aug 2025 11.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM