Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Sampaikan Amanat Kepada Warga Jabatan Kdnka Bukit Aman

Published: 15 Aug 2023 8.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, di Bilik Mesyuarat Jabatan KDNKA, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-sampaikan-amanat-kepada-warga-jabatan-kdnka-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:23 MYT
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, di Bilik Mesyuarat Jabatan KDNKA, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.

Penyampaian amanat tersebut diadakan bersempena lawatan rasmi kedua KPN selepas Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman bersama timbalannya, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam siri turun padang bertemu kepimpinan di setiap jabatan dalam PDRM.

Antara intipati amanat yang disampaikan ialah beliau menyeru kepada semua warga Jabatan KDNKA untuk meningkatkan nilai integriti dan keharmonian dalam bekerja agar setiap tugasan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan efisien serta produktif. Selain itu, beliau juga menasihati semua kepimpinan Jabatan KDNKA supaya menerapkan nilai-nilai positif agar dapat diteladani oleh warga kerjanya.

Terdahulu, ketibaan Tan Sri Razarudin dan Dato' Sri Ayob Khan telah disambut oleh Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Hazani Ghazali sebelum dibawa ke ruang legar pejabat Jabatan KDNKA untuk menandatangani buku melawat.

Dalam majlis sama, Dato' Sri Hazani telah menyampaikan taklimat berkaitan kesiapsiagaan elemen dan aset Jabatan KDNKA di samping pembangunan sumber manusia dalam usaha memperkasakan penugasan ketenteraman awam di dalam negeri mahupun perbatasan negara.

Turut hadir, CP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, CP Dato' Wan Hassan Wan Ahmad, Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan KDNKA, Bukit Aman, CP Dato' Mohd Hishamudin Tahar, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Saaduddin, DCP Gerakan, Jabatan KDNKA, Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Yusoff Mamat dan barisan Komander Jabatan KDNKA.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.

May be an image of 4 people and text that says 'JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DANKETENTERAMAN AWAM BUKIT AMAN UDARA PDRM BALLTG Ugง QUU'

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'JABATAN DALAM NEGERI N KETENTERAMAN AWA BUKIT AMAN UDARA © mวน'

May be an image of 7 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 7 people, table, dais and text that says 'PROJEKTOR BACAANDOA NEGERI Hம்'

ArticlePublished 15 Aug 2023 8.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM