
Article
Kpn Rasmi Sambutan Hari Kesedaran Autisme Pengaman Pdrm 2024
Kuala Lumpur, 11 Mei 2024 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir merasmikan Sambutan Hari Kesedaran Autisme di Pusat Autisme Pengaman...
Kuala Lumpur, 11 Mei 2024 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir merasmikan Sambutan Hari Kesedaran Autisme di Pusat Autisme Pengaman-Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2024 bertempat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.
“Dengan adanya majlis seumpama ini, ia berupaya meningkatkan kesedaran ahli masyarakat supaya lebih peka dan prihatin terhadap komuniti autisme,” katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa pucuk pimpinan PDRM sentiasa memberi sokongan dalam menjaga kebajikan warga Pasukan khususnya buat warga PDRM yang mempunyai anak berkeperluan khas ini agar nasib mereka sentiasa terbela.
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun atur bagi meraikan anak-anak di Pusat Autisme Pengaman-PDRM ini, antaranya persembahan pakaian berhias daripada anak-anak Pusat Autisme dan pameran bas bergerak daripada Pusat Sains Negara.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pusat Autisme Pengaman-PDRM, Tan Sri Hussin Hj. Ismail, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Muhammad Idzam Dato’ Hj. Jaafar dan Pengurus Besar Yayasan Pengaman Malaysia selaku Pengurus Pusat Autisme Pengaman-PDRM, Puan Azura Izham.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin