Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Rasmi Pusat Hemodialisis Pertama Koperasi Pdrm Berhad

Published: 07 Feb 2023 6.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sepang, 7 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merangkap Yang Dipertua (YDP) Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad hari ini merasmikan cawangan pertama Pusat Hemodialisis koperasi PDRM di Taman Jenderam Damai, Dengkil, dekat sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-rasmi-pusat-hemodialisis-pertama-koperasi-pdrm-berhad
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:14 MYT

Sepang, 7 Februari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merangkap Yang Dipertua (YDP) Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad hari ini merasmikan cawangan pertama Pusat Hemodialisis koperasi PDRM di Taman Jenderam Damai, Dengkil, dekat sini.

Dalam ucapan perasmiannya, Tan Sri Acryl Sani menzahirkan penghargaan kepada Koperasi PDRM Berhad kerana prihatin dan cakna tentang keperluan semasa warga Pasukan yang memerlukan bantuan rawatan, dengan pembukaan Pusat Hemodialisis hasil kerjasama Syarikat Sinar Hemodialysis Sdn. Bhd.

Tambahnya, Pusat Hemodialisis yang telah memulakan operasinya sejak 2 November tahun lalu itu bukan sahaja dapat memberikan manfaat rawatan yang besar kepada ahlinya, malah kepada masyarakat yang tinggal berdekatan. 

"Besarlah harapan saya agar Koperasi PDRM dapat membuka lebih banyak lagi cawangan Pusat Hemodialisis dan tidak hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang sahaja. Diharapkan juga, jumlah mesin dialisis di pusat ini dapat ditambah dari semasa ke semasa bagi memenuhi permintaan rawatan dialisis yang semakin meningkat," ucap beliau. 

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Puan Aiman Athirah Sabu, Pengarah Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam, Dato’ Mohd Shaiful Ibrahim, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Efendee O.P Andu, barisan Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato' Nerita Yaacob, Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sasikala Dewi Subramaniam dan DCP Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat. 

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 10 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'ations! Se'

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 4 people, people sitting and indoor

May be an image of 7 people, people standing and text that says '15 MAJLIS ERASMIAN ANGAN PERTAMA SAT HEMODIALISIS D BERHAD OPERASI DISEMPURNAKAN OLEH ETUA

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and indoor








ArticlePublished 07 Feb 2023 6.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM