
Article
Kpn Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Mes Pegawai Kanan Pdrm Kali Ke 46
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merangkap Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbesar hati merasmi...
Kuala Lumpur, 18 Januari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merangkap Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbesar hati merasmi sekali gus mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Mes Pegawai Kanan PDRM kali ke-46 yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain merangkap Timbalan Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan PDRM antara lainnya mengadakan perbincangkan dan membentangkan usul-usul baharu dalam memastikan hala tuju Mes Pegawai Kanan PDRM berada di landasan yang betul dan objektif penubuhannya tercapai di samping menjadi medan pertemuan pucuk pimpinan PDRM berinteraksi dengan ahli-ahlinya supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih efektif.
Selain itu, dalam mesyuarat yang diadakan turut dijalankan lantikan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) yang baharu bagi tahun 2023/2024.
Hadir sama, barisan Pengarah Jabatan PDRM, barisan Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri serta barisan pegawai kanan PDRM.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.















