Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Penuhi Undangan Sambutan Hari Imigresen 2023

Published: 21 Jul 2023 8.34 AM Updated: 15 Aug 2026 8.19 PM
Putrajaya, 21 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati hadir memenuhi undangan ke Majlis Sambutan Hari Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tahun 2023 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-penuhi-undangan-sambutan-hari-imigresen-2023
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:56 MYT

Putrajaya, 21 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berbesar hati hadir memenuhi undangan ke Majlis Sambutan Hari Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tahun 2023 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara, di sini, pagi tadi.

Beliau yang hadir mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah disambut oleh Ketua Pengarah JIM, Dato’ Ruslin Jusoh sebelum MDN menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan yang dipimpin oleh Penguasa Imigresen Mohd Hafiz Safwan Anuar selaku pegawai pemerintah baris.

Sambutan yang bertemakan “Imigresen Perkasa Negara Sejahtera” menjadi intipati amanat MDN sebelum menyampaikan Pingat Setia Perkasa dan Pingat Setia Berjasa kepada empat warga kerja JIM atas dedikasi dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di dalam agensi penguatkuasa tersebut.

Sambutan kali ini dimeriahkan dengan tayangan montaj pencapaian JIM sebelum persembahan Pasukan Pancaragam Setia Perwira yang dipimpin oleh Penolong Penguasa Imigresen Mohd Lokman Hakim Roslan selaku Band Master dan demonstrasi Pasukan Kawalan Khas dalam simulasi pergerakan asas kombat tanpa senjata dan penggunaan T-baton.

Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, barisan timbalan KSU KDN, ketua-ketua agensi di bawah KDN dan pegawai kanan JIM serta rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin.

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 18 people, dais and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 8 people

May be an image of 9 people, wedding and dais

May be an image of 1 person, speaker and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text that says 'MARIO IMIGRESEN'

ArticlePublished 21 Jul 2023 8.34 AMUpdated 15 Aug 2026 8.19 PM