Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Penuhi Jemputan Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri Bersama Anggota Rela Negeri Sembilan

Published: 27 Jul 2023 2.22 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Port Dickson, 27 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berbesar hati memenuhi jemputan ke Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Bersama Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sembilan dekat Dewan The Grand Lukut, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-penuhi-jemputan-majlis-ramah-mesra-timbalan-perdana-menteri-bersama-anggota-rela-negeri-sembilan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:07 MYT
Port Dickson, 27 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berbesar hati memenuhi jemputan ke Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Bersama Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sembilan dekat Dewan The Grand Lukut, di sini.

Majlis jalinan ukhuwah tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi dan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Abd Khalid Othman.

Seusai ucapan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid dalam majlis itu, beliau dengan diringi oleh Ketua Pengarah RELA, Datuk Yahya Sulaiman telah menyempurnakan acara penyerahan 'Kit Penugasan Rondaan Komuniti dan Monson Timur Laut' kepada Encik Aziz Ghani selaku wakil anggota RELA. Selain itu, sumbangan kerusi roda turut diberikan kepada dua wakil ahli keluarga anggota RELA sebagai tanda keprihatinan Jabatan RELA kepada ahli keluarga anggotanya.

Majis tersebut diakhiri dengan acara lafaz ikrar RELA dan laungan 'Setia Berbakti' yang dipimpin oleh Pegawai Logistik dan Persenjataan RELA Negeri Sembilan, Tuan Yoshdi Ahmad.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Ruslin Jusoh dan para pegawai kanan dari pelbagai agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Lans Koperal Muhamad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryan Mustin

May be an image of 3 people

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 11 people

May be an image of 10 people

May be an image of 7 people, dais and text that says '一 JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) A'

May be an image of 7 people, crowd and text

May be an image of 3 people, table, lighting and dais


ArticlePublished 27 Jul 2023 2.22 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM