Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Penuhi Jemputan Ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Published: 07 Jul 2024 7.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 7 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi jemputan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah/2024 Masihi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pagi ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-penuhi-jemputan-ke-majlis-sambutan-maal-hijrah-peringkat-kebangsaan-tahun-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:34 MYT
Putrajaya, 7 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi jemputan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah/2024 Masihi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pagi ini.

Berangkat mencemar duli ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Keberkatan majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj. Ehsan Mohd Hosni dan diteruskan dengan Tausiyah Khas Maal Hijrah daripada bekas Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Ustaz Hj. Roslan Mohamed sempena mengambil ibrah atau pengajaran daripada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah dalam menyampaikan dakwah Islam.

Seterusnya, sembah ucapan aluan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar sebelum titah diraja daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku di hadapan 6,000 tetamu yang hadir.

Tema sambutan pada tahun ini iaitu “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” adalah manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah S.A.W dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki, dunia dan akhirat.

Dalam konteks tersebut, pembangunan ummah yang berteraskan konsep al-Falah (kejayaan) perlu disemai, digarap, dihayati dan dicapai bagi merealisasikan Gagasan Malaysia MADANI.

Dalam majlis tersebut juga, Seri Paduka Baginda Tuanku berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada bekas Mufti Pulau Pinang, Dato' Seri Hj. Hassan Hj. Ahmad manakala Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Profesor Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa bagi Tahun 1446 Hijrah/2024 Masihi.

Terdahulu, pemakluman bagi penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa tersebut telah disempurnakan Ketua Pengarah JAKIM, Datin Paduka Hjh. Hakimah Mohd Yusoff.

Pemilihan tokoh-tokoh tersebut adalah berdasarkan kepada sumbangan besar dalam pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam, selain mendapat pengiktirafan serta diterima oleh masyarakat dalam dan luar negara. Mereka juga memiliki pengetahuan dan pengalaman yang luas serta mempunyai sifat dan peribadi yang unggul untuk dicontohi.

Hadir sama dalam majlis tadi, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' Dr. Johari Abdul, barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha (KSU) Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Timbalan KSU (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti , CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan, negeri serta kenamaan negara luar.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri..

KPN PENUHI JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 6 people

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text


ArticlePublished 07 Jul 2024 7.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM