Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Penuhi Jemputan Hadir Program Syarahan Ulung Mdn

Diterbitkan: 22 Oct 2024 9.32 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.55 PM
Seremban, 22 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memenuhi jemputan ke Program Syarahan Ulung oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Kuliah Tok Puan Sungei Ujong 2, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-penuhi-jemputan-hadir-program-syarahan-ulung-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:35 MYT
 Seremban, 22 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memenuhi jemputan ke Program Syarahan Ulung oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Kuliah Tok Puan Sungei Ujong 2, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, di sini.
Ketibaan beliau sekitar jam 11.00 pagi telah disambut oleh Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan mewakili Naib Canselor UiTM, Profesor Dr. Yamin Yasin dengan diiringi Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof di perkarangan lobi dewan.

Syarahan bertajuk Dinamika Politik Kontemporari: Cabaran Terhadap Kestabilan, Keselamatan Negara dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah memfokuskan lima isu iaitu perilaku dan etika, kemunduran teknologi, kecekapan bekerja, kepimpinan organisasi serta fikrah, ideologi dan identiti.

Para hadirin yang hadir ke syarahan tersebut tidak ketinggalan berpeluang mengajukan beberapa soalan berhubung isu-isu semasa yang melibatkan keselamatan negara kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Selain itu, terdapat beberapa reruai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mengambil bahagian mempromosikan perkhidmatan jabatan masing-masing. Antara yang mengambil bahagian ialah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Hj. Fadzil A. Bakar, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din, barisan Setiausaha Bahagian KDN dan warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.

May be an image of 4 people and text

May be an image of 13 people

May be an image of ‎2 people, dais, newsroom and ‎text that says '‎كولوكَنَام UNIVE T 空 高長城油力 UNIV NIVERSITI IVERSITI KNOLOGI L

May be an image of one or more people, people studying, speaker, newsroom and text

May be an image of 3 people and text



ArtikelDiterbitkan 22 Oct 2024 9.32 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.55 PM