Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Pengerusikan Taklimat Ajk Mes Pegawai Kanan Pdrm

Diterbitkan: 07 Feb 2025 5.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Razarudin Husain merangkap Yang Dipertua Mes Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempengerusikan Taklimat Ahli Jawatankuasa (AJK) Mes Pegawai Kanan PDRM bertempat di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-pengerusikan-taklimat-ajk-mes-pegawai-kanan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:40 MYT
Kuala Lumpur, 7 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Razarudin Husain merangkap Yang Dipertua Mes Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempengerusikan Taklimat Ahli Jawatankuasa (AJK) Mes Pegawai Kanan PDRM bertempat di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Taklimat berlangsung sekitar sejam tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Mes PDRM, DSP Mohd Redzuan Zainol Abidin yang menyentuh mengenai persediaan menghadapi Mesyuarat Agung Mes kali ke-48, pembentangan laporan kewangan, pembentangan perkara berbangkit dan usul-usul yang telah dikemukakan pada Mesyuarat Agung Mes yang lepas.

Hadir sama, DCP Pentadbiran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Naib Yang Dipertua Mes PDRM, DCP Dato' Fadzil Ahmat, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman merangkap Ahli Sosial dan Rekreasi Mes PDRM, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) merangkap Penasihat Undang-undang Mes PDRM, SAC Abd Rahman Atan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

May be an image of 7 people, table and text

May be an image of 1 person and text that says 'BUKI gran DRM'

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 1 person and text



ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2025 5.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM