Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Pengerusikan Mesyuarat Ig S Update Khas Tahun 2025

Published: 26 Jun 2025 12.12 PM Updated: 15 Aug 2026 7.59 PM
Kuala Lumpur, 26 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, telah mempengerusikan Mesyuarat IG’s Update Khas Tahun 2025 buat julung kalinya di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-pengerusikan-mesyuarat-ig-s-update-khas-tahun-2025
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:05 MYT
Kuala Lumpur, 26 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, telah mempengerusikan Mesyuarat IG’s Update Khas Tahun 2025 buat julung kalinya di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, petang tadi.

Dalam amanat pembukaan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menekankan lima perkara utama yang perlu terus diperkukuhkan sebagai teras pembaharuan PDRM dalam mencorakkan sebuah pasukan yang lebih dinamik, progresif dan berintegriti. Antara fokus utama ialah kesiapsiagaan PDRM dalam menghadapi era kecerdasan buatan (AI).

Tambah beliau, revolusi AI telah membuka dimensi baharu kepada landskap keselamatan negara, sekali gus mencetus cabaran baharu kepada PDRM khususnya dalam bidang pengesanan, risikan dan penguatkuasaan undang-undang.

Selain itu, beliau turut menggesa agar semua jabatan dan formasi PDRM meningkatkan keupayaan sedia ada dan melangkah seiring dengan kemajuan teknologi.

Mesyuarat khas yang berlangsung selama dua jam itu turut disertai oleh Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama barisan Pengarah dan Pegawai Kanan PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 5 people, newsroom and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 6 people, people studying, newsroom and text
ArticlePublished 26 Jun 2025 12.12 PMUpdated 15 Aug 2026 7.59 PM