Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Adakan Lawatan Mengejut Ke Ipd Putrajaya

Diterbitkan: 26 Jun 2025 9.57 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.59 PM
Putrajaya, 26 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini telah mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-lawatan-mengejut-ke-ipd-putrajaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:17 MYT
Putrajaya, 26 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini telah mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini.

Beliau mengambil kesempatan tersebut untuk menyantuni warga kerja IPD sejurus selesai menghadiri mesyuarat di Kementerian Dalam Negeri di samping meninjau secara langsung operasi harian yang dilaksanakan mereka.

Dato' Sri Hj. Mohd Khalid juga tidak ketinggalan menghadiri Majlis Uji Cuba Pemasangan dan Perakuan Teknikal Penghadang Tempat Kejadian (PTK) yang dibangunkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kontinjen Kuala Lumpur (KL) iaitu Synergy Wow.

Taklimat ringkas disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis KL, DCP Dato’ Mohamed Usuf Jan Mohamad berkenaan penggunaan PTK tersebut yang direka khas bagi meningkatkan tahap kecekapan, keselamatan dan keberkesanan kawalan lokasi kejadian oleh pasukan keselamatan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber) JSJK Bukit Aman, DCP Shamsul Amar Ramli dan Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed.

Jurugambar: Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 3 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 7 people, scooter, motorcycle, ambulance and text

May be an image of 20 people, clarinet and text

May be an image of 4 people and text


ArtikelDiterbitkan 26 Jun 2025 9.57 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.59 PM