
Artikel
Kpn Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keselamatan Sempadan Negara Bersama Jabatan Dan Agensi Kerajaan
Kuala Lumpur, 5 April 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kes...
Kuala Lumpur, 5 April 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keselamatan Sempadan Negara bersama jabatan dan agensi kerajaan di Bukit Aman, di sini.
Tan Sri Acryl Sani dalam ucapannya berkata, kerjasama dan koordinasi strategik antara agensi diyakini mampu meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang termasuklah perkongsian maklumat melalui pangkalan data yang bersepadu.
Dalam mesyuarat sama, Tan Sri Acryl Sani ditaklimatkan mengenai situasi semasa di persempadanan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam selaku penaung jawatankuasa penganjur, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali serta Pengarah Operasi dan Latihan Pertahanan, Kolonel Ahmad Suhaimi Navinder Abdullah yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia.
Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Kamarudin Md Din, barisan Timbalan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Komander Eastern Command, DCP Dato’ Hj. Hamzah Hj. Ahmad, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi keselamatan negara, barisan Komander PDRM serta wakil-wakil daripada Setiausaha Kerajaan Negeri melalui telesidang.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.




