
Artikel
Kpn Pengerusi Mesyuarat Ig S Update Khas Sempena Aidilfitri
Kuala Lumpur, 28 April 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani tengahari tadi mempengerusikan Mesyuarat IG's Update Khas Sempe...
Kuala Lumpur, 28 April 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani tengahari tadi mempengerusikan Mesyuarat IG's Update Khas Sempena Aidilfitri di Bilik Mesyuarat KPN di tingkat 31, Bukit Aman di sini.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain bersama barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan barisan Pesuruhjaya Polis serta Ketua Polis Negeri menerusi persidangan video.
Tan Sri Acryl Sani dalam ucapannya mengulangi kesiapsiagaan PDRM terus menjaga keselamatan dan ketenteraman awam negara, apabila sebahagian orang awam mula pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang musim perayaan.
Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan.
Jurugambar: Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar




