Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Nafi Gengster Hong Kong Jadikan Malaysia Pangkalan Operasi

Published: 04 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiada kumpulan kongsi gelap 14K di Malaysia. Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ekoran timbul dakwaan kumpulan kongsi gelap antarabangsa berasal dari Hong Kong yang dikatakan mempunyai rangkaian di Malaysia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-nafi-gengster-hong-kong-jadikan-malaysia-pangkalan-operasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:29 MYT
Tiada kumpulan kongsi gelap 14K di Malaysia. Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ekoran timbul dakwaan kumpulan kongsi gelap antarabangsa berasal dari Hong Kong yang dikatakan mempunyai rangkaian di Malaysia.

Menurutnya, kumpulan kongsi gelap berkenaan yang sinonim jenayah pengedaran dadah tidak menjadikan Malaysia sebagai sasaran menjalankan operasi mereka disebabkan Malaysia mempunyai undang-undang yang sangat tegas berkaitan dadah.

“Saya tidak menafikan ada rakyat Malaysia yang menjadi ahli kumpulan 14K, tetapi ia tidak wujud di Malaysia.

“Mereka tidak memilih Malaysia kerana kita ada undang-undang yang sangat ketat berkaitan pengedaran dadah,” katanya pada siding media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) selepas menyampaikan taklimat sempena seminar integrity kepada Ketua Polis Balai.

SUMBER : HARIAN METRO

Kpn Nafi Gengster Hong Kong Jadikan Malaysia Pangkalan Operasi
ArticlePublished 04 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM