Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Lawat Pusat Kawalan Pantau Petugas Keselamatan Di Lapangan Sekitar Ibu Kota

Published: 26 Jul 2025 12.20 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 26 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini melawat Pusat Kawalan Malaysia, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman bagi memantau keadaan keselamatan serta petugas sempena perhimpunan aman di Ibu kota, dekat sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-lawat-pusat-kawalan-pantau-petugas-keselamatan-di-lapangan-sekitar-ibu-kota
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:54 MYT
Kuala Lumpur, 26 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini melawat Pusat Kawalan Malaysia, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman bagi memantau keadaan keselamatan serta petugas sempena perhimpunan aman di Ibu kota, dekat sini.

Dalam lawatan ringkas tersebut, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut ditaklimatkan berkaitan keadaan semasa oleh Timbalan Pengarah (Gerakan) KDNKA, Bukit Aman, DCP M.V. Srikumar Madhavan Nair.

Terdahulu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid telah meluangkan masa menyantuni para petugas dari Unit 1 dan Unit 4, Pasukan Simpanan Persekutuan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

Turut hadir mengiringi Dato' Sri Hj. Mohd Khalid petang tadi ialah Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Mohamed Usuf Jan Mohamad, Setiuasaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS Bukit Aman, DCP Thaipul Bahri Mokhtar dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Marzuki Mohd Mokhtar.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli
 
 
 
 
 
 
 

May be an image of 7 people and text

May be an image of 12 people, ambulance and text that says 'សិ KOE POUR 5'

May be an image of 7 people, ambulance and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people and text
ArticlePublished 26 Jul 2025 12.20 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM