Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Kembali Ke Sk Bidor Gugah Nostalgia Dan Perkasa Pembentukan Generasi Berdisiplin

Diterbitkan: 22 Jan 2026 10.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bidor, 22 Januari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose hari ini kembali menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bidor menerusi Program Back to School, sekali gus mengimbau nostalgia serta memperkukuh usaha memperkasa pembentukan generasi murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-kembali-ke-sk-bidor-gugah-nostalgia-dan-perkasa-pembentukan-generasi-berdisiplin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:23 MYT

Bidor, 22 Januari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose hari ini kembali menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bidor menerusi Program Back to School, sekali gus mengimbau nostalgia serta memperkukuh usaha memperkasa pembentukan generasi murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia.

Kehadiran beliau mencerminkan keprihatinan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kebajikan dan keselamatan murid sekolah, di samping mengukuhkan hubungan strategik antara PDRM dan institusi pendidikan dalam usaha membentuk sahsiah generasi muda sejak peringkat awal.

Berucap di hadapan pata hadirin, Dato’ Seri Panglima Hj. Mohd Khalid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga pendidik atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa sehingga melahirkan insan berilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia.

“Sekolah ini merupakan medan awal saya mengenal erti disiplin dan tanggungjawab. Guru-gurulah yang membentuk bukan sahaja pemikiran, malah jati diri saya sehingga berada di tahap ini pada hari ini,” ujar beliau.

Dalam amanatnya kepada para pelajar, beliau menzahirkan keyakinan terhadap potensi anak-anak SK Bidor serta menegaskan bahawa kejayaan mampu dicapai oleh sesiapa sahaja yang berpegang teguh kepada ilmu, disiplin dan nilai akhlak yang tinggi.

Beliau turut menekankan peranan penting guru dan ibu bapa dalam mencorak masa depan generasi muda, selain mengingatkan murid-murid agar sentiasa menghormati mereka, menjauhi gejala buli serta berani tampil melaporkan sebarang perlakuan negatif demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan harmoni.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai pengisian antaranya gimik anti buli, penyerahan topi keledar serta penyampaian sumbangan kepada murid-murid.

Usai pengisian di Dewan Terbuka SK Bidor, program diteruskan di Padang SK Bidor dengan persembahan payung terjun oleh 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, tarian perang daripada Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor serta demonstrasi Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah.

Sebagai simbol komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan generasi akan datang, Dato’ Seri Panglima Hj. Mohd Khalid turut menyempurnakan sesi penanaman pokok, melawat kawasan sekolah serta reruai pameran yang disediakan sebelum majlis berakhir.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Dato' Aedy Fadly Ramli, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Tuan Zulkalfi Mohamed Mokhtar, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Sahsiah Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Hirudin Mohit, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Mohammad Azlin Sadari, para pegawai kanan PDRM dan JPJ.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of helicopter


ArtikelDiterbitkan 22 Jan 2026 10.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM