
Article
Kpn Isteri Solat Sunat Aidilfitri Bersama Warga Pdrm Di Masjid Bukit Aman
Kuala Lumpur, 22 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKE...
Kuala Lumpur, 22 April 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa pagi tadi menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Bukit Aman, di sini.
Beliau yang tiba sekitar jam 8.00 pagi tadi diiringi barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia bersama isteri kemudiannya bertakbir raya di dewan solat utama masjid yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Bahagian Agama & Kaunseling) Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Daud.
Tan Sri Acryl Sani dan isteri masing-masing segak dan anggun berpakaian lengkap baju Melayu serta busana berwarna merah, meraikan 1 Syawal bersama hampir 400 warga Pasukan yang beragama Islam.
Sementara itu, solat sunat Aidilfitri dan khutbah bertajuk 'Meraikan Kemenangan, Meraih Keredhaan' dibacakan oleh Dato' Hj. Ghazali.
Seusai solat sunat Aidilfitri, Tan Sri Acryl Sani bersama isteri turut mengambil peluang beramah mesra bersama warga Pasukan sebelum menikmati juadah hari raya di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin