Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Iringi Mdn Rasmikan Pos Pga Sungai Belangkan Dan Lawatan Ke Briged Tengah Pga

Diterbitkan: 16 Feb 2024 3.19 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Langat, 16 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merasmikan Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Sungai Belangkan, Tanjung Sepat, Selangor, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-iringi-mdn-rasmikan-pos-pga-sungai-belangkan-dan-lawatan-ke-briged-tengah-pga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:30 MYT
Kuala Langat, 16 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merasmikan Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Sungai Belangkan, Tanjung Sepat, Selangor, di sini, pagi tadi.

Pos tersebut merupakan antara projek naik taraf yang diperuntukkan kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri bagi menyediakan kemudahan dan persekitaran yang selesa serta kondusif untuk warga PDRM.

Bangunan setingkat yang dilengkapi dengan bilik taklimat dan telekomunikasi, ruangan rehat, solat, memasak serta tandas itu juga dilengkapkan lagi garaj yang boleh memuatkan beberapa buah kenderaan PGA.

Terdahulu, ketibaan MDN bersama KPN dan Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi telah disambut oleh Komander Briged Tengah PGA, SAC Zulkifli Jonit bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, DSP Mohd Sufian Amin di Padang Awam Pantai Morib.

Seusai program perasmian, delegasi kemudiannya turut dibawa ke Pos PGA Ladang Tumbok dan Markas Taktikal Pos Morib PGA bagi melihat keadaan prasarana terkini selepas penambahbaikan dibuat di kedua-dua pos berkenaan.

Seusai solat Jumaat di Masjid Al-Amin Briged Tengah pada sebelah petangnya pula, delegasi dibawa meninjau kuarters perumahan Blok G12, Briged Tengah PGA bagi melihat perkembangan proses naik taraf menerusi peruntukan yang diluluskan sebelum ini.

Tentatif lawatan kemudiannya diteruskan dengan Program Menembak Mahabbah antara MDN bersama pucuk pimpinan PDRM yang menyaksikan dua kategori dipertandingkan iaitu "Centre Fire" bagi individu dan "Falling Plate" secara berkumpulan bertempat di Lapang Sasar Briged Tengah PGA.

Kemuncak majlis tadi menyaksikan MDN yang diiringi Tan Sri Razarudin berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang selain sumbangan berupa bakul makanan kepada lima ahli keluarga PGA yang memerlukan.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, DCP Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, Timbalan Pengarah (PGA), Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Komander PGU, DCP Dato' Noor Sham Md Jani serta warga PGA Briged Tengah.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.


Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks yang berkata 'EGERI NGAI BELANGKAN ELANGOR 024 POS BELANGKAN P SUZRIN POLIS RAZARUDIN RA ARUDIN SAIPUDDIN ច'

Mungkin imej dais dan teks

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 5 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 6 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 4 orang

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 1 orang, menembak skeet dan teks

ArtikelDiterbitkan 16 Feb 2024 3.19 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM