
Article
Kpn Iring Timbalan Mdn Ke Majlis Penerapan Nilai Nilai Murni Dan Iftar Kdn
Georgetown, 2 April 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Dat...
Georgetown, 2 April 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN), bertempat di Dewan Komuniti, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Batu Uban, Pulau Pinang petang tadi.
Ketibaan Tan Sri Acryl Sani dan Timbalan MDN telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato' Fisol Saleh bersama sebahagian warga kerja PPM Wilayah Satu.
Program diadakan bertujuan untuk beramah mesra di samping menerapkan nilai-nilai murni dan mengeratkan silaturrahim antara warga KDN dari setiap jabatan di bawah kementerian.
Dalam program diadakan Timbalan MDN turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada 100 orang asnaf.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Komander PPM Wilayah Satu, ACP Shamsol Kassim, wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah KDN, warga kerja kontinjen Pulau Pinang serta rakan media.
Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof