Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Iring Mdn Tinjau Situasi Tanah Runtuh Batang Kali

Published: 16 Dec 2022 8.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Hulu Selangor, 16 Disember 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meninjau lokasi bencana tanah runtuh dekat tapak perkhemahan Father's Organic Farm di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-iring-mdn-tinjau-situasi-tanah-runtuh-batang-kali
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:17 MYT
Hulu Selangor, 16 Disember 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meninjau lokasi bencana tanah runtuh dekat tapak perkhemahan Father's Organic Farm di sini.

Beliau turut mentaklimatkan MDN mengenai situasi semasa di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Selangor.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi, seramai 94 mangsa membabitkan pengunjung dan pekerja tapak perkhemahan tersebut terperangkap di lokasi bencana.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga kini melibatkan agensi-agensi keselamatan negara seperti Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Turut hadir ke lokasi tersebut, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, SAC Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC M.V. Srikumar Madhavan Nair, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan serta Ketua Polis Daerah Hulu Selangor merangkap Komander PKTK, Superintendan Suffian Abdullah.

Tan Sri Acryl Sani bersama seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.

Jurugambar: Inspektor Muhammad Asiff Jamaldin

 
ArticlePublished 16 Dec 2022 8.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM