
Artikel
Kpn Iring Mdn Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Amerika Syarikat Ke Malaysia Di Bukit Aman
Kuala Lumpur, 21 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail m...
Kuala Lumpur, 21 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E Edgard D. Kagan bersama delegasi di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi memperkukuh lagi hubungan bilateral di antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan pihak kedutaan Amerika Syarikat.
Turut hadir, barisan Setiausaha Bahagian KDN, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Hj. Mohd Amin, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato' Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan