Artikel
Kpn Iring Mdn Adakan Lawatan Kerja Sulung Ke Ipk Johor
Johor Bahru, 21 Januari 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Na...
Johor Bahru, 21 Januari 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam lawatan kerja sulungnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, petang semalam.
Ia merupakan lawatan kerja rasmi pertama Datuk Seri Saifuddin Nasution sejak menjadi MDN pada Disember tahun lalu.
Program dimulakan dengan menandatangani buku lawatan sebelum ke sesi taklimat khas KP Johor yang turut dihadiri oleh KPN di Auditorium IPK Johor. MDN kemudiannya turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 15 anggota asnaf dan 11 pelajar cemerlang yang terdiri daripada anak warga Kontinjen Johor.
Terdahulu seawal jam 5.00 pagi, KPN yang mengiringi MDN telah membuat tinjauan keselamatan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dekat sini bagi melihat dengan lebih dekat situasi semasa aliran trafik pergerakan keluar dan masuk rakyat tempatan dengan negara jiran, Singapura yang merentasi sempadan.
Tinjauan tersebut turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia.
Seusai itu, MDN telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Bagi Menangani Kesesakan Di Tambak Johor Bilangan 1 Tahun 2023 di Bilik Mesyuarat Gambir, BSI sebelum bergerak ke CIQ, Kompleks Sultan Abu Bakar bagi meninjau aliran trafik di sana.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman serta TKSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.