Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Iring Ksu Kdn Adakan Lawatan Kerja Ke Pos Pga Op Taring Nyah 1 Selangor

Published: 08 Aug 2023 2.48 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Klang, 8 Ogos 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengiringi Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi dalam lawatan kerja ke Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Op Taring Nyah 1 Selangor di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-iring-ksu-kdn-adakan-lawatan-kerja-ke-pos-pga-op-taring-nyah-1-selangor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:30 MYT
Klang, 8 Ogos 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengiringi Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi dalam lawatan kerja ke Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Op Taring Nyah 1 Selangor di sini, petang tadi.

Mereka tiba di Pos PGA Jeti Perajurit yang terletak di Jalan Perajurit Kampung Telok Gong Klang sekitar jam 6.15 petang, seterusnya melawat ke Pos PGA Kapar Kecil di Jalan Lapis Empat Sungai Kapar Kecil Klang. Kedua-dua pos tersebut merupakan di antara 20 Pos PGA dalam Op Taring Nyah 1 Selangor yang bertanggungjawab menjaga perairan negara daripada dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Lawatan kerja tersebut bertujuan melihat sendiri pengoperasian dan struktur bangunan kedua-dua pos PGA yang dibina sejak tahun 2002 dan 2008 untuk dibaik pulih. Selain itu, Datuk Hj. Ruji turut mendengar taklimat ringkas mengenai kedua-dua pos PGA tersebut yang disampaikan oleh Tan Sri Razarudin dan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PGA, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussien Omar Khan bersama timbalannya, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Low Kim Piew, Komander Briged Tengah PGA, SAC Zulkifli Jonit, barisan pegawai kanan KDN serta PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.



Mungkin imej 5 orang dan teks

Mungkin imej 7 orang

Mungkin imej 7 orang

Mungkin imej 2 orang, papan damak, pencahayaan dan teks

Mungkin imej 4 orang dan teks

Mungkin imej 5 orang dan teks yang berkata 'S HUSSEIN ABDUL HALIM KDN'

Mungkin imej teks

Mungkin imej 3 orang dan teks yang berkata 'ZAKPU POLIS RIZAL POLIS TALIAN ADUAN 03-31982322 LION BATALION 1'

Mungkin imej 3 orang dan teks

Mungkin imej 1 orang, perkhemahan dan teks


ArticlePublished 08 Aug 2023 2.48 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM