
Article
Kpn Hadiri Mesyuarat Lembaga Pengurus Tappn Ke 44
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurus Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan N...
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurus Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) ke-44 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia, di sini hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin itu antaranya membincangkan berkenaan pengurusan TAPPN, selain pembentangan jumlah permohonan bantuan sagu hati yang telah diluluskan bagi tempoh Januari hingga Jun 2024.
TAPPN ditubuhkan untuk menghargai sumbangan anggota pasukan keselamatan dan agensi berkaitan yang cedera atau terkorban ketika sedang menjalankan tugas dengan turut diperluas kepada orang awam yang terlibat dalam menjaga keselamatan serta keamanan negara.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Adly Zahari, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Isham Ishak, KSU Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Ab Rahman, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Bakar, para pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan serta swasta dan ketua-ketua pengarang media.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.




