Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Polis Bongkar Stor Dadah Berselindung Di Sebalik Kedai Ubat Tradisional

Diterbitkan: 12 Aug 2024 1.11 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.49 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin berkata dalam sebuah kedai itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun yang disyaki berperanan sebagai penghantar dadah, selepas menemukan dadah jenis pil Erimin 5 bernilai kira-kira RM21.8 juta itu di dalam sebuah bilik di tingkat pertama kedai berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-polis-bongkar-stor-dadah-berselindung-di-sebalik-kedai-ubat-tradisional
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:25 MYT
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2024 - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing selepas menyerbu sebuah kedai menjual ubat tradisional dan menemukan 209.65 kilogram (kg) dadah di Taman Desa Petaling di sini dua hari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin berkata dalam sebuah kedai itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun yang disyaki berperanan sebagai penghantar dadah, selepas menemukan dadah jenis pil Erimin 5 bernilai kira-kira RM21.8 juta itu di dalam sebuah bilik di tingkat pertama kedai berkenaan.

Beliau berkata polis kemudiannya menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 64 tahun yang dipercayai ketua sindiket itu di dalam sebuah kereta Mercedes Benz di hadapan sebuah restoran di Taman Desa Petaling, dekat sini dan menemukan 5.55 kg dadah jenis pil Ekstasi.

“Modus operandi sindiket yang aktif sejak awal tahun ini ialah menjadikan premis kedai berkenaan sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran dalam negera terutamanya di kawasan Lembah Klang.

“Sindiket ini dipercayai mendapat bekalan dadah dari negara jiran dan dijual pada harga RM25 hingga RM50 sebiji,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan BERNAMA

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people, television, newsroom and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people and text

ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2024 1.11 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.49 PM