
Kpn Hadiri Majlis Dialog Belanjawan 2023 Di Mof
Putrajaya, 17 Januari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menghadiri Majlis Dialog Belanjawan 2023 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Dewan Utama, Kementerian Kewangan (MOF) di sini, pagi tadi.
Tujuan majlis dialog tersebut diadakan bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan meliputi organisasi swasta, agensi dan persatuan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) sebagai input penyediaan Belanjawan 2023 yang dijadualkan akan dibentangkan pada bulan depan.
Yang turut hadir tadi ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM, barisan Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.