
Article
Kpn Hadir Serikan Majlis Iftar Pm Bersama Jpm Dan Petugas Barisan Hadapan
Putrajaya, 13 April 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir sebagai jemputan bagi menyerikan Majlis Iftar Perdana Menter...
Putrajaya, 13 April 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir sebagai jemputan bagi menyerikan Majlis Iftar Perdana Menteri (PM) Bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Petugas Barisan Hadapan di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, di sini hari ini.
Majlis dimulakan dengan penyampaian Bantuan Infaq Ramadan oleh PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada 654 pemohon daripada 25 jabatan dan agensi di bawah JPM dan sumbangan wang tunai kepada 40 pelajar tahfiz dari Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz serta 40 anak yatim Rumah Pengasih Warga Prihatin.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, barisan Menteri di JPM, pengurusan tertinggi jabatan dan agensi kerajaan serta pengamal media.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan