Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan 2025

Diterbitkan: 05 Sep 2025 7.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sepang, 5 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menghadiri Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-sambutan-maulidur-rasul-saw-peringkat-kebangsaan-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:40 MYT
Sepang, 5 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menghadiri Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), pagi tadi.

Ketibaan beliau pada jam 8.30 pagi disambut oleh Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim.

Majlis bermula sekitar jam 9.30 pagi dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Antara pengisian majlis termasuk tayangan filem pendek bertajuk “Sebelum Mak Lupa” yang membawa mesej mengenai kelebihan berselawat serta penghayatan nilai ihsan dan empati sesama insan.

Majlis yang berlangsung selama kira-kira sejam itu turut menyaksikan Seri Paduka Baginda berkenan menyampaikan tujuh kategori Anugerah Maulidur Rasul, termasuk Anugerah Tokoh Perdana yang dianugerahkan kepada Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Turut hadir, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari Abdul, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar, barisan menteri kabinet, ketua-ketua perkhidmatan awam, wakil-wakil perkhidmatan diplomatik serta pengamal media.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

May be an image of 6 people and clarinet

May be an image of 2 people and dais

May be an image of 8 people, headscarf and dais

May be an image of 10 people and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text that says 'PINTU EN SMOKING 速 原 夏 ወ 園 ॐ LEL と'

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

ArtikelDiterbitkan 05 Sep 2025 7.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM