
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan 83 Warga Myanmar Dalam Serbuan Di Lapan Pusat Hiburan
Johor Bahru, 4 September 2025 - Polis menggempur lapan pusat hiburan di beberapa daerah di negeri ini yang dipercayai dikendalikan warga asing dengan menahan 8...
Johor Bahru, 4 September 2025 - Polis menggempur lapan pusat hiburan di beberapa daerah di negeri ini yang dipercayai dikendalikan warga asing dengan menahan 83 individu pada 30 dan 31 Ogos lalu.
Ketua Polis Johor, CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, kesemua warga Myanmar berkenaan terdiri daripada 47 lelaki dan 36 wanita berusia 22 hingga 47 tahun itu ditahan menerusi Ops Noda.
Katanya, sembilan yang ditahan adalah penjaga premis, 29 pelayan, seorang tukang masak dan 44 pelanggan yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
“Lapan pusat hiburan itu di Johor Bahru Selatan, Iskandar Puteri, Kulai dan Seri Alam didapati tiada lesen perniagaan dan hiburan serta menggajikan pekerja asing tanpa permit,” katanya.
Katanya, operasi itu bertujuan membanteras pusat hiburan didalangi warga asing dan berisiko menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat setempat, gejala sosial, ancaman keselamatan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.