Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 215

Published: 20 Jun 2022 7.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 Jun 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menghadiri Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215, di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-program-derma-darah-sempena-peringatan-hari-polis-ke-215
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:46 MYT
Kuala Lumpur, 20 Jun 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menghadiri Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215, di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Derma Darah bagi edisi pada tahun ini.

Tan Sri Acryl Sani dalam ucapan perasmian berkata, menderma darah merupakan suatu amalan yang mulia atas dasar membantu sesama insan selain dapat menyatukan manusia sejagat.

“Kepelbagaian budaya dan perbezaan sosial bukanlah menjadi faktor penghalang apabila berhadapan dengan kecemasan, terutamanya melibatkan rawatan perubatan yang memerlukan pemindahan darah,” kata beliau.

Tambah beliau, menderma darah banyak memberi manfaat kepada kesihatan tubuh antaranya mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan mengurangkan kalori dalam badan. Sel-sel darah baharu yang terhasil memberi kecergasan kepada badan dan menjadikan penderma lebih produktif dalam melakukan kerja seharian.

Dalam majlis yang sama, KPN turut berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan kepada penderma darah tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), iaitu Superintendan Noor Azman Hj. Amardin dari Cawangan Khas, Bukit Aman, Inspektor Muhammad Faiz Abu Samah dari Cawangan Istiadat, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman serta Sub Inspektor Khoo Khai Keat dari Pasukan Gerakan Udara, Bukit Aman.

Turut hadir, barisan pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Pakar Perubatan Transfusi Pusat Darah Negara (PDN), Dr. Mohd Tarmizi Mahyedin mewakili Pengarah PDN, para pegawai kanan serta rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 9 people, people standing, indoor and text that says 'POLIS DIRAJA MALÁYSIA ത'

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of 6 people, people standing and military uniform

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing and text

No photo description available.

May be an image of 4 people, people sitting, people standing and text

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 6 people, people sitting, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 9 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 7 people, people sitting and indoor

May be an image of 7 people, people standing and text

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 7 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and text
ArticlePublished 20 Jun 2022 7.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM