Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Perjumpaan Dan Taklimat Barisan Kepimpinan Tertinggi Pdrm Kepada Kppa

Published: 09 Jun 2023 11.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 Jun 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini hadir ke sesi Perjumpaan dan Taklimat Barisan Kepimpinan Tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-perjumpaan-dan-taklimat-barisan-kepimpinan-tertinggi-pdrm-kepada-kppa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:16 MYT
 
Kuala Lumpur, 9 Jun 2023 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini hadir ke sesi Perjumpaan dan Taklimat Barisan Kepimpinan Tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM, di sini, petang tadi.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Azmi Abu Kassim yang menyentuh berkenaan pengukuhan dan pengoptimuman perjawatan dalam PDRM.
Turut berlangsung penyerahan dokumen kelulusan waran perjawatan Ibu Pejabat Polis Daerah bagi Kontinjen Sabah yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Zulkapli kepada Tan Sri Acryl Sani.

Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan KPPA (Pembangunan), Datuk Azhar Ahmad, Timbalan KPPA (Operasi), Dr. Anesee Ibrahim, barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, barisan Ketua Urus Setia KPN dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan serta delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 3 people, newsroom, dais and text

May be an image of 2 people, newsroom, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people, the Oval Office and text

May be an image of 2 people, people studying, table and newsroom
ArticlePublished 09 Jun 2023 11.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM