
Artikel
Kpn Hadir Perjumpaan Dan Taklimat Barisan Kepimpinan Tertinggi Pdrm Kepada Kppa
Kuala Lumpur, 9 Jun 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini hadir ke sesi Perjumpaan dan Taklimat Barisan Kepimpinan...
Kuala Lumpur, 9 Jun 2023 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini hadir ke sesi Perjumpaan dan Taklimat Barisan Kepimpinan Tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM, di sini, petang tadi.
Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Azmi Abu Kassim yang menyentuh berkenaan pengukuhan dan pengoptimuman perjawatan dalam PDRM.
Turut berlangsung penyerahan dokumen kelulusan waran perjawatan Ibu Pejabat Polis Daerah bagi Kontinjen Sabah yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Zulkapli kepada Tan Sri Acryl Sani.
Hadir sama, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan KPPA (Pembangunan), Datuk Azhar Ahmad, Timbalan KPPA (Operasi), Dr. Anesee Ibrahim, barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, barisan Ketua Urus Setia KPN dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan serta delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin