Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn Anjuran Bersama Jppm

Published: 23 Jun 2025 6.42 AM Updated: 15 Aug 2026 7.57 PM
Putrajaya, 23 Jun 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Jun yang berlangsung dekat Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-perhimpunan-bulanan-kdn-anjuran-bersama-jppm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:33 MYT
Putrajaya, 23 Jun 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Jun yang berlangsung dekat Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, di sini, pagi tadi.

Perhimpunan bulanan yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu merupakan anjuran bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Ia adalah program rasmi pertama dihadiri Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid selepas menjawat jawatan sebagai KPN berkuatkuasa pada hari ini.

Turut berlangsung tadi ialah penyampaian hadiah Pertandingan Langkah Sihat Putrajaya Peringkat KDN. Ia merupakan salah satu inisiatif di bawah Putrajaya Sihat Sejahtera dengan kerjasama KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA yang memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.

Majlis kemudiannya menyaksikan pra peluncuran Sistem eROSES 2.0 oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution dengan diiringi Ketua Pengarah JPPM, Dato’ Mohd Zulfikar Ahmad.
Sistem eROSES merupakan platform digital yang dibangunkan oleh JPPM bagi memudahkan urusan pendaftaran dan pemantauan pertubuhan secara dalam talian.
eROSES versi 2.0 yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2025, sedang dinaiktaraf kepada ciri-ciri yang lebih moden, beroperasi dalam persekitaran awan serta diperkasa oleh teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Polis Diraja Malaysia, Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah serta barisan ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim.


Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn Anjuran Bersama Jppm

Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn Anjuran Bersama Jppm

Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn Anjuran Bersama Jppm

May be an image of 1 person, dais and text that says '神ま KIMINTIRANDALAMAHGOUR HEOERI PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI BERSAMA-SAMA YB DATU

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 12 people, dais and text
 
ArticlePublished 23 Jun 2025 6.42 AMUpdated 15 Aug 2026 7.57 PM