Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Perhimpunan Bulanan Kdn Anjuran Bersama Jpn 20260504

Published: 04 May 2026 8.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 4 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Mei tahun 2026 yang berlangsung di Auditorium, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-perhimpunan-bulanan-kdn-anjuran-bersama-jpn-20260504
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:49 MYT
Putrajaya, 4 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Mei tahun 2026 yang berlangsung di Auditorium, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, di sini, pagi tadi.

Perhimpunan anjuran Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia (JPN) itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman, sebelum diteruskan dengan penyampaian amanat khas oleh MDN.

Dalam amanatnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution menegaskan komitmen berterusan KDN dalam memperkukuh keselamatan negara melalui pelaksanaan pemasangan sistem radar serta penaiktarafan pangkalan pemantauan di lokasi strategik berisiko tinggi, khususnya bagi membanteras jenayah rentas sempadan secara lebih berkesan dan menyeluruh.

Beliau turut menekankan keperluan memastikan tahap keselamatan rakyat dan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi, mengambil kira perkembangan semasa krisis di Asia Barat yang kian meruncing serta berpotensi memberi implikasi terhadap keselamatan serantau.

Pada majlis sama, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bersama tetamu kehormat turut mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution bagi menyempurnakan Pelancaran Initiatif Transformasi JPN merangkumi Sistem Pengurusan Warganegara Malaysia (MySUWA), pelancaran Kad Kuasa JPN dan Pelan Strategik Dasar JPN 2026 hingga 2030 sebagai langkah memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan jabatan tersebut.

Terdahulu, para hadirin telah menyaksikan menyaksikan siaran langsung amanat khas oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara dalam talian yang menumpukan kepada isu kenaikan kos sara hidup, peningkatan harga barangan serta kepentingan pelaksanaan subsidi bersasar bagi memastikan bantuan disalurkan secara efektif kepada golongan sasar, di samping mengekang ketirisan serta tekanan inflasi.

Turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Dato’ Badrul Hisham Alias, barisan Timbalan KSU KDN, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Polis Diraja Malaysia, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim serta ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Norkhairunisa Ibrahim

May be an image of text

May be an image of dais and text that says 'Perhimpunan Bulanan KEMENTERIAN DALAM NEGERI BERSAMA DENGAN YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL MENTERI

May be an image of dais and text

May be an image of newsroom, dais and text

May be an image of crowd

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais
ArticlePublished 04 May 2026 8.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM