
Artikel
Kpn Hadir Perasmian Lebuhraya Bertingkat Dash Di Shah Alam
Shah Alam, 13 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi menghadiri perasmian Lebuhraya Bertingkat Damansara-Sh...
Shah Alam, 13 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi menghadiri perasmian Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dekat Plaza Tol Denai Alam, di sini.
Beliau antara kenamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hadir selain Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan, Ketua Polis Daerah (KPD) Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dan KPD Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.
Lebuhraya DASH yang dibina sejak bulan Ogos 2016 itu siap sepenuhnya pada September lalu dan bakal dibuka sepenuhnya kepada kenderaan awam bermula jam 12 malam nanti.
Selain mempunyai tiga lorong dua hala dengan melibatkan 13 persimpangan, lebuhraya tersebut juga menyediakan dua buah kawasan rehat dan rawat untuk kemudahan orang ramai.
Seusai majlis perasmian oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob tadi, Tan Sri Acryl Sani sempat meluangkan masa menelusuri lebuhraya tersebut sehingga ke Persimpangan Penchala.
Hadir sama, Menteri Kanan Kerja Raya, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof, Pengerusi Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd., Dato' Idris Kechot dan Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Seri Utama, Ir. Hasni Mohammad.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid