Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Penuhi Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Kpdrm

Published: 17 May 2023 9.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 17 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir tengah hari tadi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPDRM) yang diadakan di Restoran Rebung, Taman Botani Perdana, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-penuhi-jemputan-majlis-sambutan-hari-raya-aidilfitri-anjuran-kpdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:30 MYT
Kuala Lumpur, 17 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir tengah hari tadi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPDRM) yang diadakan di Restoran Rebung, Taman Botani Perdana, di sini.

Beliau yang juga Yang Dipertua KPDRM telah disambut mesra oleh pengerusinya, pesara CP Dato' Hasanuddin Hassan bersama Setiausaha KPDRM, pesara SAC Dato' Abdul Basir Ahmad dan tetamu kenamaan yang lain.

Dalam majlis yang diadakan, tetamu telah dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi terkenal awal tahun 70an iaitu Datuk DJ Dave atau nama sebenarnya Datuk Irwan Shah Abdullah yang popular dengan lagu 'Menjelang Hari Raya'.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, CP Dato' Nerita Yaacob merangkap Bendahari KPDRM, pesara-pesara polis dan para pegawai kanan serta wakil-wakil dari setiap jabatan PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 6 people and text

May be an image of 11 people

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 6 people

May be an image of 6 people, dais, temple and text

ArticlePublished 17 May 2023 9.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM