
Artikel
Kpn Hadir Pameran Milipol Asia Pacific 2022 Di Singapura
Pameran antarabangsa tersebut antara lainnya memberi peluang kepada ketua-ketua dan wakil agensi penguatkuasaan dari seluruh dunia untuk bertemu dan berbincang...
Singapura, 18 Mei 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menghadiri Pameran Milipol Asia-Pacific 2022 yang berlangsung sehingga 20 Mei depan dekat Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands, di sini.
Pameran antarabangsa tersebut antara lainnya memberi peluang kepada ketua-ketua dan wakil agensi penguatkuasaan dari seluruh dunia untuk bertemu dan berbincang tentang teknologi keselamatan terkini bagi memastikan keselamatan domestik dan rantau di asia terpelihara.
Dalam lawatan itu juga, Tan Sri Acryl Sani bersama delegasi Polis Diraja Malaysia berkesempatan melawat ke ruang-ruang pameran yang mempamerkan pelbagai peralatan dan persenjataan canggih terkini selain dron, aset robotik dan sistem perlindungan serta komunikasi.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd. Jalil Hassan, Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarulzaman Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian E8 Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, DCP Normah Ishak dan SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam, Bukit Aman, SAC M.V Srikumar Madhavan Nair.













