
Article
Kpn Hadir Mesyuarat Spp Ke 136 Di Putrajaya
Putrajaya, 10 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-136 di Bilik Mesyuarat M...
Putrajaya, 10 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-136 di Bilik Mesyuarat Menteri Dalam Negeri, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, pagi tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN selaku Setiausaha SPP, Datuk Awang Alik Jeman.
Perbincangan yang berlangsung kira-kira sejam itu membincangkan hal pentadbiran dan pengurusan berkaitan warga Polis Diraja Malaysia.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar, Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi




