
Artikel
Artikel Pilihan Kdn Cadang Jadikan Institusi Pengajian Pondok Rakan Stratergik Banteras Fahaman Ekstremisme
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang menjadikan institusi pengajian pondok sebagai rakan strategik dalam usaha membanteras fahaman ekstremisme.
Sungai Petani, 10 Mac 2025 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang menjadikan institusi pengajian pondok sebagai rakan strategik dalam usaha membanteras fahaman ekstremisme.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerjasama itu bertujuan menyemai pemahaman Islam yang lebih inklusif serta menangani cabaran sosial yang semakin kompleks.
"Saya melihat sendiri bagaimana institusi berkenaan bukan sahaja meneruskan tradisi ilmu Islam, tetapi juga berfungsi sebagai benteng akidah umat Islam sejak zaman penjajahan sehingga kini. Mereka bergerak tanpa peruntukan tetap kerajaan, hanya bergantung kepada sumbangan zakat dan derma.
"Saya berpendapat bahawa institusi pengajian pondok ini boleh menjadi rakan strategik kepada KDN dan Polis Diraja Malaysia khususnya dalam membendung fahaman ekstremisme, membina kefahaman Islam lebih inklusif dan menangani cabaran sosial yang semakin kompleks," katanya.
Sumber: Berita Harian