Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Mesyuarat Spp Ke 134

Published: 28 Jan 2025 2.21 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 28 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-134 di Bilik Mesyuarat Menteri Dalam Negeri (MDN), Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, petang tadi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh MDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN selaku Setiausaha
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-mesyuarat-spp-ke-134
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:56 MYT
Putrajaya, 28 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-134 di Bilik Mesyuarat Menteri Dalam Negeri (MDN), Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, petang tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh MDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN selaku Setiausaha SPP, Datuk Awang Alik Jeman.
Mesyuarat tersebut membincangkan isu-isu berkaitan perkhidmatan, tatatertib dan lantikan kenaikan pangkat dalam Pasukan.

Hadir sama dalam mesyuarat tadi ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Suryani Sungit serta Ahli-ahli SPP.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

 
 
 
ArticlePublished 28 Jan 2025 2.21 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM